Keadaan di lokasi kejadian. – Ihsan Bomba
SANDAKAN: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada cubaan membunuh diri di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Severinus Sainkui berkata, kejadian berlaku di Sri Utama Condominium, Jalan Batu 5, pada kira-kira jam 9 pagi.
Katanya, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima menerusi talian balai pada jam 9.39 pagi dan sepasukan sembilan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Alan Ayuh dikejarkan ke lokasi.
Setiba di tempat kejadian yang terletak tujuh kilometer dari BBP itu, didapati seorang wanita berusia 22 tahun sedang dalam cubaan bunuh diri di bangunan tingkat lima.

“Pasukan bomba berjaya memujuk dan menyelamatkan mangsa daripada terjun dari bangunan dengan menggunakan kaedah rappeling,” katanya.
Severinus berkata, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 10.50 pagi.