Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billal Shah berkenan menandatangani plak yang disaksikan oleh Tun Juhar dan Hajiji.
KOTA KINABALU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billal Shah berkenan merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Sabah di Likas, di sini, hari ini.
Turut hadir pada acara tersebut ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd. Na’im Haji Mokhtar, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd. Ariffin Mohd. Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billal Shah berkenan melakukan gimik perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Sabah, disaksikan oleh Tun Juhar and Hajiji.
Selepas menyampaikan titah diraja, Al-Sultan Abdullah diiringi Tun Juhar, Hajiji dan Mohd. Na’im, menandatangani plak yang melambangkan pembukaan kompleks tersebut.
Kemudian, Baginda melawat ke kamar Mahkamah Rayuan Syariah sebelum menandatangani buku pelawat.
Acara itu merupakan sebahagian daripada program jelajah Kembara Kenali Borneo rombongan diraja di Ibu Negeri.































