Pasukan bomba membuka pintu rumah menggunakan peralatan khas.
KUNAK: Seorang warga emas lelaki ditemukan mati dalam sebuah rumah terkunci di sini kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, PPgB Mohamad Omarbatha berkata, kejadian berlaku di Kunak Jaya, Lorong 5, di sini, pada kira-kira jam 2 petang.
Katanya, mangsa dikenalpasti sebagai Tseu Chen Vui, 69.
Menurutnya, panggilan kecemasan diterima menerusi talian balai pada jam 2.56 petang dan sepasukan lima anggota diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Rosman Bin Gari dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di itempat kejadian yang terletak tiga kilometer dari BBP itu pasukan bomba membuka pintu rumah yang terkunci menggunakan peralatan khas dan seterusnya membawa mangsa keluar. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang turut berada di lokasi kejadian.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 5.46 petang,” katanya.