Pasukan bomba membantu mengangkat mayat lelaki ke dalam bot Polis Marin. – Ihsan Bomba
SEMPORNA: Mayat seorang lelaki ditemukan di kawasan Jeti Balembang Bum-Bum di isni pada kira-kira jam 8 pagi.
Pasukan bomba kemudiannya dipanggil untuk membantu mengangkat mayat tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air, PBT I Norjali Maslah berkata, panggilan diterima menerusi talian balai pada jam 8.48 pagi dan sepasukan tujuh anggota diketuai Komander Operasi, PB Mohd. Nazrin Hamzah dikejarkan ke lokasi.
Katanya, setiba di tempat kejadian yang terletak satu kilometer dari BBP itu, pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa ke dalam bot Polis Marin untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan pada jam 9.15 pagi.