Gambar hiasan
PETALING JAYA: Indeks pencemaran udara (IPU) di tiga di kawasan Sarawak merekodkan bacaan yang tidak sihat setakat pukul 2 petang tadi.
Menurut Utusan Malaysia, bacaan tidak sihat itu direkodkan di Sri Aman, Kuching dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian.
Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sri Aman merekodkan bacaan IPU paling tinggi dengan bacaan 157.
Selain itu, Kuching dan IPD Serian masing-masing mencatatkan bacaan IPU 139 dan 137.
Sementara itu, kebanyakan kawasan lain di negara ini merekodkan bacaan IPU baik dan sederhana.