Anwar Ibrahim melambaikan tangan kepada para pelajar yang menghadiri sesi Temu Anwar di UTM Skudai, Johor Bahru.
JOHOR BAHRU: Kerajaan mempertimbangkan semula syarat kemasukan pelajar kategori orang kurang upaya (OKU) dalam program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi memudahkan kemasukan golongan berkenaan ke TVET dengan keupayaan mereka.
Katanya, perkara itu akan dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara.
“Pertama melibatkan semua kementerian dan agensi. Saya akan bawa kepada Jemaah Menteri, maaf saya tidak maklum mengenai perkara ini.
“Untuk memastikan semua agensi kerajaan dan kementerian memastikan pengambilan ya.
“Majlis TVET dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid, saya akan beritahu dia walaupun ada kelonggaran untuk OKU, tetapi janganlah kenakan syarat seperti dua tangan. Syaratnya mesti yang ada keupayaan.
“Insya-Allah ini boleh, kita beri ruang (melihat semula syarat-syarat TVET bagi pelajar OKU) dan saya rasa tiada masalah,” katanya semasa menjawab soalan Alumni UTM, Dr. Ruzimi Mohamed dalam sesi soal jawab semasa program ‘Temu Anwar’ di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.
Ruzimi dalam soalannya memaklumkan kekangan yang dihadapi pelajar OKU dalam permohonan program TVET yang meminta syarat perlu ada dua tangan, sedangkan ada OKU yang boleh melukis dan menulis menggunakan kaki dan mulut.
“Saya faham ada program TVET yang tidak sesuai dengan pelajar OKU, tetapi tidak ada pengukuran. Perlu ada mekanisme baru untuk melihat syarat kemasukan pelajar OKU mengikut keupayaan mereka,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Anwar memaklumkan persetujuan dan akan membawa isu kuota pekerjaan satu peratus golongan OKU dalam kementerian dan agensi kerajaan dalam masyuarat Jemaah Menteri.
“Saya setuju. Saya akan bawa (isu kuota pengambilan pekerja OKU) dalam m3syuarat Jemaah Menteri supaya dapat pastikan semua agensi kerajaan dan kementerian melaksanakan pngambilan pekerja OKU mengikut kuota satu peratus,” katanya.
Ruzimi dalam soalannya memaklumkan setakat ini hanya empat kementerian yang memenuhi kuota pengambilan pekerja OKU setakat ini.