Keadaan Perodua Kancil yang terlibat dalam kemalangan itu. – Ihsan Bomba
PENAMPANG: Seorang wanita cedera dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dinaikinya dan sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, PKPgB Zeno Tinggalan berkata, kejadian itu berlaku di hadapan bangunan Delta, Jalan Putatan – Kota Kinabalu, dekat sini, pada jam 4 pagi.
“Panggilan diterima menerusi talian MERS999 dan sepasukan tujuh anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Benny Lim dikejarkan ke lokasi.

Setiba di tempat kejadian sejauh 11 kilometer dari BBP itu, didapati satu kemalangan telah berlaku dan mangsa wanita tersebut tersepit dalam Perodua Kancil tetapi berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas sebelum dibawa oleh ambulans ke Hospital Queen I untuk rawatan lanjut,” katanya.
Setelah memastikan tidak ada bahaya lain, operasi tamat pada jam 5.22 pagi.