Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Dr. Bergstorm
KOTA KINABALU: Sweden mahu mengeratkan hubungan dengan Sabah, khususnya dalam bidang pelancongan. Duta Sweden ke Malaysia, Dr. Joachim Bergstorm.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Dr. Bergstorm berkata, Gunung Kinabalu terkenal di Sabah dan kepelbagaian budaya sangat menawan, yang beliau harap dapat didedahkan lagi kepada rakyat Sweden.