Dr. Rafiq (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan semasa Program USR itu.
KOTA KINABALU: University College Sabah Foundation (UCSF) mengambil langkah proaktif menganjurkan program University Social Responsibility (USR) bagi mendekati anak-anak asnaf di Taman Kingfisher Likas.
Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris telah membuat kunjungan kasih ke Rumah Amal Kasih, Likas, di sini, dengan disertai oleh Pegawai Hal Ehwal Libat Sama Komuniti, Sharmimiee, Norashiqin, Morsede dan Moro.
Kunjungan mereka disambut mesra oleh pengasas Rumah Amal Kasih, Ustaz Jamrie Separuh dan isterinya Nooraisah Ayub.
“Kunjungan ini merupakan salah satu inisiatif UCSF untuk turut serta dalam program kemasyarakatan yang melibatkan rumah-rumah kebajikan yang ada di Sabah khususnya.
“Dalam kunjungan tersebut, pihak UCSF telah menerangkan peluang pendidikan yang ada di UCSF dan kesediaan pihak universiti membantu rumah amal dalam hal berkaitan pendidikan,” kata Sharmimiee.
Beliau menjelaskan bahawa UCSF berusaha mendekati masyarakat tanpa mengira lapisan masyarakat.
“Lebih-lebih lagi dalam hal berkaitan pendidikan dan Ini termasuklah rumah-rumah kebajikan,” katanya
Dr. Rafiq berkata, UCSF sangat prihatin dalam hal berkait pembangunan pendidikan di Sabah.
“Dalam memperkasa pendidikan di Sabah, kesedaran amatlah penting. Justeru, UCSF akan terus konsisten melalui program USR seumpama Ini dalam mendekati pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.
Sementara itu, pihak rumah amal turut berkongsi pengalaman mereka membantu para pelajar untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat universiti.





























