Tarian sambut tamu menyambut ketibaan konvoi di Beluran.
BELURAN: Persatuan Tarian Talantang meraikan ketibaan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2023 di Dewan Serbaguna Beluran.
Ketibaan konvoi yang diketuai oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor itu turut dialu-alukan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk, Samad Jambri.

Jainisah (tiga dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Samad (tengah) sebagai tanda penghargaan merasmikan KMJG peringkat daerah Beluran.
Samad semasa ditemui menzahirkan harapan agar penglibatan belia dalam program kenegaraan seumpamanya dapat diperhebatkan pada masa akan datang.
Sementara itu, Damari Kamut, 52, seorang nelayan dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berkata kehadiran KMJG ke daerah itu menaikkan semangat patriotik penduduk.
Beluran merupakan persinggahan ke-51 sebelum kembara KMJG diteruskan ke Sandakan.





























