Ruslan Muharam
KOTA KINABALU: Kerajaan melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah memungut kutipan zakat sebanyak RM76,663,880.41 sehingga Jun tahun ini.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, kutipan zakat ini adalah dari pelbagai jenis iaitu:
* Zakat Pendapatan: RM5,419,984.32
* Zakat Penggajian: RM33,630,129.10
* Zakat Simpanan: RM4,179,495.03
* Zakat Perniagaan: RM22,432,855.30
* Zakat Emas/ Perak: RM561,625.54
* Zakat Saham: RM115,735.76
* Zakat Pertanian: RM35,909.08
* Zakat Ternakan: RM17,451.02
* Zakat Fitrah: RM10,270,695.26
Manakala agihan zakat kepada asnaf (penerima) sehingga Jun 2023 adalah sebanyak RM76,506,163.58.
Katanya, pecahan agihan adalah seperti yang berikut:
* Fakir: RM28,564,966.46
* Miskin: RM12,083,003.24
* Amil: RM7,221,835.47
* Mualaf: RM1,780,385.50
* Al Riqab: RM12,081,167.33
* Ibnu Sabil: RM226,367.89
* Gharimin: RM126,690.00
* Fisabilillah: RM14,421,747.69
Ruslan berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Hassan A Gani Pg. Amir (Sebatik) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
Hassan bertanya kepada Ketua Menteri berapakah jumlah kutipan zakat setakat bulan Jun 2023 dan berapakah jumlah sumbangan yang telah dikeluarkan daripada zakat tersebut