Verdon (kanan) menyempurnakan pelepasan KMJG 2023 ke destinasi seterusnya iaitu Daerah Kecil Matunggong.
KUDAT: Tarian tradisi suku kaum Rungus, Mongigol Sumundai menyambut ketibaan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 Peringkat Daerah Kudat.
Istimewanya, persembahan sambut tamu itu diketuai oleh Ahli Parlimen, Datuk Verdon Bahanda.
Verdon yang buat kali pertama menyambut konvoi selepas menjadi Ahli Parlimen Kudat teruja dengan sambutan dan penglibatan masyarakat sekitar daerah dalam program tersebut.
Justeru, beliau turut menyeru penduduk di sekitar daerah Kudat agar terus mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis atau kenderaan masing-masing sebagai cara menyatakan semangat kemerdekaan masih wujud dan terus membara.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyambut ketibaan Konvoi KMJG 2023 yang diketuai oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di pekarangan Perpustakaan Daerah Kudat, pada Isnin.
Seterusnya, Verdon menyempurnakan pelepasan konvoi KMJG 2023 ke destinasi seterusnya iaitu Daerah Kecil Matunggong.





























