Isnin Aliasnih
KOTA KINABALU: Pembinaan bangunan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Daerah Nabawan dijangka akan bermula pada awal tahun hadapan dan dijadualkan siap sebelum penghujung 2025.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih berkata, cadangan pembinaan bangunan MAN Nabawan ini sedang dalam peringkat akhir penyediaan anggaran kos.
“Kerja-kerja seperti Soil Investigation (SI) tambahan dan rekabentuk telah siap dibuat. Pelan pembangunan telah dihantar kepada Jurutera Daerah pada 14 Julai 2023 untuk proses permohonan kelulusan Pembangunan.
“Pembinaan dijangka akan bermula pada awal tahun hadapan dan dijadualkan siap sebelum penghujung 2025,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (Nabawan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
Abdul Ghani bertanya apakah status dan usaha pihak Kementerian untuk membina bangunan MAN di daerah Nabawan selaras dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2020-2025.































