Frankie (dua dari kanan) menyampaikan T-shirt program kepada Datuk Jahid Jahim (tiga dari kanan)
TUARAN: Seramai 3,000 peserta dijangka akan menyertai Lions Tuaran Merdeka Run & Cycling 2023 bagi menyemarakkan sangat patrotisme dan sambutan hari kemerdekaan Sabah pada tahun ini.
Program yang julung kali diadakan ini adalah anjuran Lions Club Of Tuaran dan akan diadakan pada Ogos 26 nanti.
Menurut Presidennya Kapitan Frankie Goh, program ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dikalangan masyarakat disamping menanam semangat perpaduan dikalangan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan bangsa melalui sukan.
Selain itu, program ini juga merupakan sebahagain daripada aktiviti persatuan untuk mengumpul dana melaksanakan program kebajikan seperti bantuan bakul makanan, bantuan kepada orang kurang upaya, mangsa kebakaran dan sebagainya.
Program ini dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“Saya berharap agar program ini akan dapat menaikkan semangat khususnya kalangan anak anak muda supaya mereka dapat memahami erti kemerdekaan yang sebenar,” katanya.
Sebelum itu, Frankie mengadakan kunjungan hormat dan menerima sumbangan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Adun Tamparuli Datuk Jahid Jahim.