Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas minum pagi di sebuah bistro di Ampang Jaya, Selangor.
AMPANG JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua calon di enam Pilihan Raya Negeri (PRN) melaksanakan kempen dengan cara yang tersusun, sopan dan beradab, lapor Utusan Malaysia.
“Alhamdulillah saya lihat proses baik, aman (serta) teratur dan calon-calon kemukakan (borang pencalonan) dengan baik.
“Insya-Allah kita adakan kempen dengan cara tersusun, sopan dan beradab.
“(Malah), saya ucap terima kasih (atas) kehadiran Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selain daripada barisan pimpinan (yang lain),” katanya selepas minum pagi di sebuah bistro di sini.