Juliah (kanan) dan Linda mengaminkan doa.
SANDAKAN: Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni tiba di Sandakan untuk lawatan kerja tiga hari.
Antara yang menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sandakan ialah Yang DiPertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (Mutiara GRS), Datin Seri Panglima Juliah Salag, Naib Yang Dipertua II merangkap Pengerusi Biro Kebajikan Mutiara GRS, Datin Linda Ewit dan Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Sabah, Datuk Dr. Nuinda Alias.
Norlidah (kanan) diiringi Juliah di Lapangan Terbang Sandakan hari ini.
Toh Puan Norlidah dijadual menyertai acara badminton bersama Puspanita Cawangan Daerah Sandakan di Dewan Rumah Warga Tua Sri Harapan petang ini, sebelum menghadiri majlis makan malam bersama persatuan tersebut di pusat bandar.
Esok, Toh Puan Norlidah dijangka menyempurnakan Majlis Lawatan Amal ke Institusi Kebajikan sempena Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Beluran, kemudian majlis bacaan Yasin Yayasan Nur Jauhar di Masjid Daerah Sandakan selepas menunaikan solat fardhu maghrib malam ini.