Hajiji (tengah) bergambar bersama Dr. Joachim (lima dari kiri) dan rombongan PBS.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menghargai peranan utama Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam mengukuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Sebagai rakan kongsi utama dalam GRS, Hajiji berkata, PBS perlu terus bekerja keras seiring dengan ahli komponen lain untuk mengukuhkan lagi gabungan tempatan sebagai pilihan utama rakyat Sabah.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan tertinggi PBS di Seri Gaya, di sini, hari ini.

Hajiii berbincang dengan rombongan PBS
Mengetuai rombongan PBS bertemu Hajiji yang juga Pengerusi GRS ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang juga Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai berkata, semasa mesyuarat itu, PBS, sebagai salah satu komponen utama GRS, berikrar untuk bekerjasama rapat dengan parti komponen lain untuk mengukuhkan gabungan itu.
Turut hadir Timbalan-timbalan Presiden, Datuk Jahid Jahim dan Datuk Seri Dr. Yee Moh Chai, Naib-naib Presiden, Datuk Ruslan Muharam dan Hendrus Anding, Setiausaha Agung, Datuk Julita Majungki, Bendahari Agung, Datuk Lu Kim Yen, Penolong Setiausaha Agung, Jonnybone Kurum dan Penolong Bendahari Agung, Lo Su Fui.