Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Seluruh aktivis pelajar di universiti perlu memanfaatkan keterbukaan kerajaan dan institusi pengajian bagi mengadakan program-program yang mampu membawa manfaat kepada negara.
Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu perlu dimanfaatkan oleh semua mahasiswa.
“Masa berubah. Kita dahulu meneroka dalam keadaan ‘teraba-raba’ tetapi sekarang lain, ada ustaz dan pensyarah-pensyarah yang akan terus membantu.
“Di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kita membuka ruang luas. Masa saya (dahulu) ada ruang tapi banyak sekatan. Selepas itu, langsung tidak boleh,” katanya pada program Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2023 di Universiti Malaya (UM), di sini kelmarin.
Yang turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Presiden PKPIM, Ahmad Farhan Rosli.
Anwar berkata, keadaan pada masa kini perlu dimanfaatkan dan tidak mengeluh.
Jelasnya, peluang tersebut harus digunakan untuk meningkatkan perjuangan mutu perjuangan rakyat dan berjasa di dalam kehidupan.