Pasukan bomba bersama mangsa di lokasi kejadian. – Ihsan Bomba
SANDAKAN: Dua orang remaja lelaki dan seorang perempuan berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti jungle trekking di Hutan Simpan RDC di sini petang Selasa telah dijumpai selamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketua BBP Sandakan, PKPgB Severinus Sainkui memberitahu, pasukan bomba yang membuat pencarian di sekitar kawasan mangsa sesat menjumpai mereka dalam keadaan selamat di lokasi satu kilometer dari laluan masuk.
Katanya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 8.42 malam.
Menurutnya, kejadian kehilangan mangsa dilaporkan pada kira-kira jam 6.88 petang.
Katanya, sepasukan tujuh anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Chauslim Sunsubin dikejarkan ke lokasi sejauh 28 kilometer dari BBP itu selepas menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999.
“Setiba di tempat kejadian didapati terdapat tiga orang mangsa sesat di dalam hutan semasa melakukan aktiviti jungle trekking.
“Pasukan bomba membuat pencarian di sekitar kawasan mangsa sesat dan telah menjumpai mangsa di satu kilometer dari laluan masuk dan mangsa dalam keadaan selamat,” katanya.





























