Jainisah (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Pembantu Penerangan, Juslie Bacle.
LAHAD DATU: Seramai 30 orang kakitangan Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah menghadiri program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Daerah Lahad Datu, malam Sabtu.
Program yang diadakan di Pejabat Penerangan Daerah Lahad Datu itu turut dihadiri oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor.
Pengisian program berkenaan antaranya adalah tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Lahad Datu, Ustaz Yunus Abu, solat berjemaah, bacaan yassin dan doa selamat serta penyampaian sumbangan kepada kakitangan JaPen.
Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JaPen Sabah, Edi Rizam Kassim, Pegawai Penerangan Daerah (PPD) Tawau, Azuary Abdul Azis, PPD Lahad Datu, Hendry Nurdin dan PPD Semporna, Mohd. Syah Kisun.





























