George (tengah) merakamkan gambar bersama dengan semua yang terlibat dengan agihan daging sempena Aidiladha
SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, George Hiew mengagihkan sumbangan daging korban kepada 4,000 ketua isi rumah (KIR) di dalam kawasan DUN Karamunting di sini hari ini, bersempena dengan Hari Raya Aidiladha.
Sumbangan tersebut diserahkan kepada ketua-ketua kampung yang mewakili penduduk-penduduk kampung pada satu majlis yang diadakan di Pejabat Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Karamunting.

George (tengah) ketika ditemui media
George yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Karamunting berkata, walaupun sumbangan tersebut tidak seberapa tetapi ianya ikhlas daripada beliau sempena Aidiladha.
Sumbangan tersebut juga sebagai menyahut seruan Kerajaan Malaysia Madani yang menekankan pentingnya semangat perpaduan dan keharmonian rakyat terus dipelihara dan diperkukuhkan, tambahnya.
Katanya, ketua-ketua kampung berkenaan akan mengagihkanya kepada penduduk kampung yang telah dikenalpasti.
George turut mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa (AJK) Gagasan Rakyat, unit ‘Task Force’ dan ketua-ketua kampung yang terlibat sama dan hadir pada majlis agihan daging korban itu.































