KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali menyaksikan penyerahan lapan buah ambulans pacuan empat roda Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk kegunaan lapan APM Daerah di perkarangan Menara Kinabalu, di sini, hari ini. (gambar)
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Haji Safar Untong menerima ambulans itu daripada Ketua Pesuruhjaya APM, KPj (PA) Aminurrahim Mohamed dan kemudiannya menyerahkannya kepada lapan Pegawai APM Daerah iaitu Tuaran, Papar, Sandakan, Keningau, Pitas, Ranau, Putatan dan Kalabakan.































