Keadaan rumah yang musnah dijilat api di Penampang malam tadi. – Ihsan Bomba
PENAMPANG: Sebuah rumah musnah dijilat api di Kampung Timpangoh, Sugud, di sini, malam tadi.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 9 malam itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, PKPgB Zeno Tinggalan berkata, panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 9.45 malam dan tujuh anggota diketuai oleh Komander Operasi, PBK II KUP Markus Junior bergegas ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak 12 kilometer dari BBP itu, didapati sebuah sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 30×20 kaki persegi terbakar 100 peratus semasa ketibaan jentera di lokasi,” katanya.
Pasukan bomba membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada keberbahayaan lain.
Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.30 malam dan operasi ditamatkan 20 minit selepas itu.































