Hajiji menerima cenderahati daripada Victor
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyaksikan majlis penyerahan tugas daripada Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP), Mohd. Ali Tamby kepada DCP Victor Sanjos sebagai komander baharu Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).
Mohd. Ali yang baru menggantikan DCP Datuk Hamzah Ahmad pada 18 Mei akan ke Kelantan untuk mengambil alih jawatan Timbalan Ketua Polis.
Pelantikan Victor bermula pada 3 Julai.

Hajiji bersama Victor (kanan), Safar (tiga kiri), Hazani dan bekas komander Esscom, Mohd. Ali (kiri) dan Hamzah (dua kiri) selepas majlis itu di Menara Kinabalu hari ini.
Majlis ringkas itu diadakan di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Setiausaha Hal Ehwal Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali dan para pegawai kanan Esscom.