Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah (tujuh dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Hajiji (tujuh dari kiri), Juliah (enam dari kanan) serta jemaah menteri pada Majlis Jamuan Teh sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong Ke-16 di Istana Seri Kinabalu.
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menghadiri Majlis Jamuan Teh sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in, pada hari ini.
Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang tiba pada jam 3 petang, diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag di Dewan Seri Kinabalu.
Majlis tersebut juga dihadiri Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam dan isteri, Datin Seri Linda Ewit dan Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Ariffin Mohd Arif, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin, Pembantu-pembantu Menteri dan isteri masing-masing, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan isteri, Datin Seri Dr. Nuinda Alias, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Turut meraikan sambutan ulang tahun Al-Sultan Abdullah di Istana Seri Kinabalu ialah Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kota Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan dan isteri, Ibu Oryza Sativa, Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam, Awang Hipni Matarsad, Kaunselor Jepun di Kota Kinabalu, Shiho Kako, Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu, Huang Shifang.





























