PETALING JAYA: Sebanyak tiga kawasan di seluruh negara mencatatkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Menurut Utusan Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan, kawasan yang berada pada tahap berjaga-jaga itu melibatkan dua kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak.
“Terdapat dua kawasan di Semenanjung berada pada tahap satu atau berjaga-jaga iaitu di Pasir Mas dan Rompin.
“Terdapat satu kawasan di Sarawak berada pada tahap satu atau berjaga-jaga iaitu di Selangau,” menurut jabatan itu dalam hantaran di Facebook petang ini.
Bagaimanapun, tiada kawasan di Sabah direkodkan berada pada tahap satu atau berjaga-jaga.
“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya.