KOTA KINABALU: Dalam meraikan musim perayaan Pesta Kaamatan dengan pengunjungan daripada keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan terdekat, sajikan juga pelbagai hiburan dan sukan secara langsung daripada Astro kepada mereka.
Para pelanggan baharu Astro yang mendaftar ke Pek Primary pada harga RM59.99/sebulan sekarang akan dapat menikmati tambahan saluran Kanak-kanak dan Korea percuma selama satu tahun seperti tvN, Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan Dreamworks serta pemasangan Box secara percuma bernilai RM99** dengan jumlah penjimatan sehingga RM338!
Pada musim perayaan ini, penonton boleh menikmati rancangan tempatan seperti pertandingan realiti nyanyian Big Stage 5, siri komedi Scammer Geng Marhaban, SHARP Travel with Mommy yang dibintangi pengacara TV popular, Jason Yeoh dan juruhebah MY FM, Jack Lim, dan siri rancangan permainan komedi Mega Spontan 2023(tayangan perdana 19 Mei).
Nikmati lebih banyak rancangan dengan saluran percuma
Dengan tawaran istimewa ini, para pelanggan juga akan dapat menikmati lebih banyak rancangan Korea dan Kanak-kanak bersama orang tersayang seperti K-Drama komedi romantik Oh Youngsim di K-Plus, drama pembalasan dendam Delightfully Deceitful (tayangan perdana 30 Mei) lakonan Chun Woo-hee, Kim Dong-wook dan Yoon Park di tvN, kartun edutainment muzik animasi 3D Didi and Friends, Spongebob Squarepantskegemaran semua rakyat Malaysia dan Kamen Rider Revice.

Sesi bertemu peminat di Suria Sabah Mall pada 27 & 28 May
Untuk memeriahkan lagi sambutan perayaan ini, kami turut membawa watak popular daripada Didi and Friendsserta juruhebah radio ERA Sabah seperti Addnan, Keewon dan Skye Judith bersama Shar, Arka dan Caleb dari Hitz Sabah untuk bertemu para peminat dan pelanggan di Suria Sabah Mall pada 27 & 28 Mei 2023.
Selain itu, para pelanggan juga boleh mengunjungi kiosk premium Astro untuk mendapatkan pengalaman baharu Astro dengan menguji Ultra/Ulti Box kami serta menerima barangan Astro eksklusif.
Pengalaman penstriman terhebat dengan ciri Box terbaharu kami
Dengan Box Astro terkini, para pelanggan dapat menikmati ciri-ciri seperti Play from Start, lebih 110,000 Videos on Demand dan Cloud Recording.
Lebih menarik lagi, para pelanggan yang memilih Box Plug & Play boleh menikmati Astro dengan pemasangan sendiri yang mudah dan menstrim menggunakan internet untuk menonton Astro tanpa sebarang gangguan.
Aplikasi mudah alih Astro GO turut memberi kenikmatan menstrim rancangan-rancangan kegemaran para pelanggan Astro secara on-the-go di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
Para pelanggan yang berminat untuk melanggan Pek Primary boleh menghubungi ejen Astro kami di talian 012-878 3870 (Sabah) atau 017-722 9835 (Sarawak).
###
*Tawaran ini adalah terhad dari 15 Mei 2023 hingga 14 Julai 2023 dan hanya terbuka kepada pelanggan Pek Primary baharu dengan kontrak 24 bulan. Tertakluk pada terma & syarat.
*Pengecualian yuran pemasangan kotak merujuk kepada pemasangan kotak standard bernilai RM99 sahaja. Tertakluk pada terma & syarat.