Joanna memperagakan busana Dusun Sandayoh, Paitan. — Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Berry Tamin (Sabah)
PENAMPANG: Memperagakan busana tradisi Dusun Sandayoh dari Daerah Kecil Paitan bantu martabat seni warisan kaum tersebut.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Negeri Sabah, Joanna Kitingan, Ahli Jawatankuasa Unduk Ngadau 2023 akan memakai baju tersebut semasa sambutan Kaamatan tahun ini.
“Baju yang saya pakai ini adalah hasil jahitan menggunakan tangan dari Paitan.
“Saya suka baju ini kerana ia cantik dilengkapi dengan skaf serta hiasan jahitan sulaman bunga yg dijahit sendiri bukannya menggunakan mesin,” kongsinya ketika ditemui di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), di sini baru-baru ini.
Tambahnya, diharap lebih ramai yang memakai busana tradisi ini pada masa akan datang agar masyarakat di luar sana terutama generasi masa kini dapat mengenali dan mengetahui kewujudan baju ini.
“Semoga dengan usaha ini turut membantu menaikkan ekonomi wanita Sandayoh apabila adanya permintaan baju ini kelak,” katanya.
Pertandingan Unduk Ngadau diadakan sempena sambutan perayaan Kaamatan yg akan berlangsung pada 30 hingga 31 Mei ini bertempat di KDCA.





























