Hajiji (kanan) bersama Fadillah semasa pertemuan mereka di Seri Gaya, Kota Kinabalu, hari ini.
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mahu Kerajaan Persekutuan menyegerakan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata demikian ketika membincangkan isu tersebut semasa pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof di kediaman Ketua Menteri, Seri Gaya, di sini, hari ini.
Telah dilaporkan bahawa 20 daripada 35 pakej di bawah Fasa Satu projek Pan Borneo masih belum dimulakan.
Ketua Menteri juga berbincang dengan Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, mengenai cara untuk meningkatkan produktiviti tanaman koko di Sabah.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Datuk Siti Aminah Aching, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.































