Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran itu. – Ihsan Bomba
RANAU: Dua buah rumah musnah dalam satu kebakaran di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd. Taib memberitahu, kejadian berlaku di Kampung Luanti, pada kira-kira jam 9 malam.
Katanya, pnggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 9.06 malam dan sepasukan lapan orang diketuai beliau sebagai Komander Operasi, bergegas ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak 17 kilometer dari BBP itu, didapati satu kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis separuh kekal, rumah pertama berkeluasan 24×60 kaki dan rumah kedua berkeluasan 30×40 kaki terbakar 90 peratus.
“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan menggunakan air daripada jentera dan sumber air terbuka,” katanya.
Menurut Ridwan, tiada mangsa terlibat dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.38 malam sebelum ditamatkan pada jam 11.29 malam.































