Keadaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu. – Ihsan Bomba
TUARAN: Seorang lelaki cedera apabila motosikal ditunggangnya terbabas sendiri di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, PKPgB Mohd. Abd. Qawie Abdul Gapar berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Salut, depan Kampus Intan, pada jam 8.42 pagi.
Katanya, panggilan diterima menerusi talian MERS999 dan dua anggota EMRS Bomba diketuai Komander Operasi, PBKII Mahmud Jumah dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian sejauh 16 kilometer dari BBP itu, didapati satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal telah tebabas sendiri di jalan raya. Terdapat seorang mangsa lelaki dilaporkan mengalami kecederaan.
“Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.
Katanya, setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 9.18 pagi.































