Keadaan rumah yang dihempap pokok tumbang itu. – Ihsan Bomba
TENOM: Sebuah rumah dihempap sebatang pokok tumbang di Kampung Pantongan, di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, PPgB Mohd. Zainal Sinsian berkata, kejadian itu berlaku pada jam 9 pagi.

Katanya, panggilan kecemasan diterima menerusi talian balai dan sepasukan lima anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Wilfred Sulai dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian sejauh 14 kilometer dari BBP, didapati sebatang pokok tumbang menghempap bahagian tepi rumah.

“Tiada mangsa terlibat. Setelah mengalihkan pokok dan memastikan tiada bahaya lain terlibat operasi ditamatkan pada jam 1.37 petang,” katanya.































