Pasukan bomba membantu kanak-kanak tersebut. – Ihsan Bomba
SOOK: Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk membantu seorang kanak-kanak lelaki yang jarinya tersepit pada tombol pintu di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, PBT Faisal Ahmad berkata, kejadian itu berlaku di Klinik Kesihatan Sook pada jam 11.49 pagi.
Katanya, panggilan diterima menerusi talian balai dan sepasukan lapan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Shahril Sulaiman bergegas ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian sejauh satu kilometer dari BBP itu, pasukan bomba bertindak memberi bantuan memotong tombol pintu tersepit di jari kanak-kanak lelaki.
“Tombol berjaya dipotong menggunakan peralatan khas dan setelah memastikan tiada bahaya lain terlibat operasi tamat pada jam 12.15 tengah hari,” katanya.































