Keadaan di lokasi kejadian. – Ihsan Bomba
PAPAR: Sebuah kontena dengan muatan pelbagai barangan milik syarikat perkhidmatan penghantaran barang terbakar dekat sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, PPgB Rozlan Osman memberitahu, kejadian berlaku di Sabindo, Lok kawi pada kira-kira jam 8.00 malam.
“Panggilan kecemasan diterima menerusi talian balai pada jam 8.20 malam dan sepasukan lapan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Dahlan Jainudin bergegas ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak 23 kilometer dari BBP itu, didapati satu kebakaran melibatkan sebuah kontena dengan muatan pelbagai barangan milik syarikat perkhidmatan penghantaran berukuran 30 kaki terbakar 90 peratus.
“Pasukan bomba membuat operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos salur bantu mula dari tangki jentera,” katanya.
Menurut Rozlan, tiada mangsa terlibat dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.50 malam.
Operasi ditamatkan pada jam 11.48 malam, tambahnya.





























