Keadaan kedua-dua kenderaan yang hangus dalam kebakaran lewat malam tadi.
TUARAN: 2 buah kenderaan jenis Toyota terbakar di sini lewat malam tadi.
Ketua Balai BBP Tuaran PKPgB Mohd. Abd. Qawie Abdul Gapar berkata, kejadian berlaku di 4H Auto Tamparuli pada kira-kira jam 11.30 malam.
“Panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 11.41 malam dan sepasukan sembilan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Norkizan Durudin dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak 10 kilometer dari BBP itu, didapati satu kebakaran melibatkan dua buah kenderaan jenis Toyota telah terbakar 100 peratus.
“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 200’ kaki satu pancutan dan sumber air didapati daripada tangki jentera,” katanya.
Abd. Qawie berkata, tiada mangsa terlibat dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.07 tengah malam.
Operasi ditamatkan pada jam 12.15 tengah malam tadi.































