Safar Untong
KOTA KINABALU: Orang awan dinasihatkan supaya menjauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola, dan kawasan-kawasan lapang lainnya sekiranya berlaku petir ataupun kilat bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong berkata, kejadian Fenomena Petir/ Kilat yang berlaku di beberapa tempat ketika ini yang menghasilkan sambaran petir/ kilat boleh mengenai manusia sekiranya berada di kawasan terbuka dan mengakibatkan kecederaan serius serta membawa maut.
Beliau mengulas kejadian dua orang budak berumur 13 tahun yang telah terkena sambaran petir di Padang Bola Papar kelmarin yang mengakibatkan seorang daripadanya telah meninggal dunia.































