Pasukan bomba sedang melakukan operasi memadamkan kebakaran di Kampung Likas, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Satu kebakaran melibatkan tujuh buah rumah dilaporkan berlaku di Lorong Saga, Kampung Likas, di sini malam ini.
Sepasukan anggota bomba diketuai Komander Operasi, PBK II Laupen Nuar dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 7.29 malam.
Mereka dibantu oleh pasukan bomba dan jentera dari BBP Kota Kinabalu.

Kebakaran dilaporkan sedang merebak ke rumah yang berhampiran dan pasukan bomba sedang menjalankan operasi pemadaman.





























