Shahelmey (tiga dari kiri)semasa menyampaikan sumbangan zakat berupa bantuan bakul makanan dan wang tunai kepada penerima.
PUTATAN: Seramai 50 golongan asnaf kategori fakir miskin dan mualaf disantuni dalam satu Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Daerah Putatan.
Program anjuran Pejabat Daerah Putatan bersama Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) tersebut dihadiri Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya, pada Rabu.
Dalam majlis itu, Shahelmey yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dan Ahli Parlimen Putatan turut menyempurnakan penyerahan bantuan zakat yang berupa bakul makanan dan wang tunai kepada para penerima.Hadir sama, ADUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari, Pegawai Daerah, Mokhtar Hussin dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah, Ahmad Helmi Mohd Taib.





























