UMUT: Seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam keadaan tidak terurus di tepi jalan dekat sini, Isnin, didapati rupa-rupanya menjadi mangsa dera dan rogol.
Menurut Utusan Malaysia, Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim berkata, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ditemui seorang lelaki tempatan kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum membawanya ke balai polis.
“Mangsa yang dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai ketika ditemui, dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.
Menurutnya, hasil pemeriksaan perubatan di HSM mempercayai mangsa telah dirogol dan terdapat kesan kecederaan lama dan baharu pada tubuhnya.
Beliau memaklumkan, berdasarkan laporan itu, sepasukan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah menahan dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dengan kes tersebut.
Jelasnya, ketiga-tiga mereka ditahan di pekarangan sebuah balai polis di daerah Manjung kira-kira pukul 9.30 malam Isnin.





























