Hajiji Haji Noor
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengisytiharkan 21 April sebagai cuti umum tambahan bagi Sabah tahun ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri lHajiji Haji Noor berkata, ini selaras dengan Ordinan Cuti Umum Sabah.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan sama ada Jumaat (21 April) atau Isnin (24 April) sebagai cuti umum bergantung pada bila 1 Syawal jatuh.



























