PETALING JAYA: Petronas mengesahkan kakitangannya berada dalam keadaan selamat daripada konflik ketenteraan di ibu negara Khartoum, Sudan.
Menurut Utusan Malaysia, ini meskipun angka kematian meningkat apabila 56 maut dan 595 lagi cedera ekoran perebutan kuasa antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).
“Kesemua kakitangan yang berada di Kompleks Petronas di Khartoum, Sudan, selamat,” menurut Unit Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas dalam kenyataan.
“Kesemua kakitangan yang berada di Kompleks Petronas di Khartoum, Sudan, selamat,” menurut Unit Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas dalam kenyataan.
Setakat ini, seramai 29 warganegara Malaysia kebanyakannya pelajar masih berada di Sudan.































