Shahelmey Yahya (berdiri 10 dari kanan) dan Dayang Siti Nur Hayyati Ag Mohd. Saufi bersama anak-anak yatim As-Sakinah dalam Majlis Iftar Ramadan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya menyantuni anak yatim dari Rumah Anak Yatim As-Sakinah, rakan-rakan media dan juga sukarelawan Pusat Khidmat DUN 24 (OCN24) di sini baru-baru ini.
Dalam Majlis Iftar Ramadan itu, Shahelmey turut menyampaikan sumbangan kepada 40 penghuni As-Sakinah bagi membolehkan mereka membeli persiapan sempena Aidilfitri.
Menurut Utusan Malaysia, Shahelmey dan isteri, Datin Dayang Siti Nur Hayyati Ag Mohd. Saufi turut memberi sumbangan duit raya kepada semua jemputan yang hadir dalam majlis tersebut.
Malah, beliau berharap kerjasama yang terjalin bersama media dan warga kerja OCN24 akan terus dieratkan bagi membolehkan gerak kerja di peringkat Parlimen Putatan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dapat dipergiatkan.





























