Hajiji menyaksikan penyerahan sumbangan RM60,000 daripada Bahagian Zakat dan Fitra Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Akademi Quranis Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR).
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor merasmikan Majlis Iftar Perdana Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf kali ke-7 di Dewan Hadhari MBR, di sini, hari ini.
Seramai 500 orang OKU dan asnaf diraikan dengan majlis berbuka puasa. Mereka juga menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Hajiji.

Hajiji beramah mesra bersama OKU dan asnaf.
Ketua Menteri turut menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM60,000 daripada Bahagian Zakat dan Fitra Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Akademi Quranis MBR.

Hajiji menyampaikan duit raya kepada OKU.
Turut hadir ialah Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS), Datuk Ustaz Haji Saifulzaman Sangul, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Md. Mansur dan Pengerusi MBR, Datuk Haji Ab. Jamal Tun Sakaran.





























