Shahelmy (tiga dari kiri) ketika menyerahkan sumbangan kepada penerima pada majlis tersebut sambil diperhatikan Dayang (dua dari kanan).
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya menyantuni 40 penghuni Rumah Anak Yatim As-Sakinah dalam Majlis Iftar Ramdan, pada Sabtu.
Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dan Ahli Parlimen Putatan turut menyantuni rakan-rakan media dan Sukarelawan Pusat Khidmat DUN 24 (OCN24).
Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan dan berharap silaturahim serta kerjasama yang terjalin di antara pihaknya dengan media dan warga kerja OCN24 dapat digerakkan sebagai satu pasukan dalam memantapkan perkhidmatan kepada masyarakat.
Pada majlis itu, Shahelmey bersama isteri, Datin Dayang Siti Nur Hayyat Ag Mohd Saufi turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri berupa kuih raya dan kurma.
Hadir sama, Setiausaha Politik Kementerian Kerja Raya, Mohd. Suffian @ Eddie Matin dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Datuk Muguntan Vanar





























