KOTA KINABALU: Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS ) sebulat suara meluluskan permohonan Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) untuk menyertai GRS.
Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun menaklumkan dalam satu kenyataan malam tadi, keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi GRS petang kelmarin.
Dengan perkembangan terbaru ini, GRS kini mempunyai tujuh parti komponen, iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Maju Sabah (SAPP), LDP dan Harapan Rakyat.































