Makhzan (dua dari kanan) mengagihkan bubur lambuk kepada salah seorang ketua jabatan.
KOTA KINABALU: Tiga ribu pek bubur lambuk diagihkan kepada warga Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS).
Agihan disempurnakan oleh Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP), Datuk Makhzan Mahyuddin dalam Program Ihya Ramadan 2023 di Perkarangan Plaza Blok A kompleks tersebut, pada Selasa.
Program yang dijalankan secara gotong-royong itu bukan sahaja mendedahkan proses dan cara memasak bubur lambuk, bahkan juga bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga KPKPS.
Ia merupakan program tahunan tersebut dengan kerjasama Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd., Kelab SUKSES PSUPS, Persatuan Kakitangan Persekutuan Awam Sabah (PEKAPS), Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Wilayah Sabah dan Labuan (PPTD S/L) serta Surau KPKPS.





























