RANAU: Pejabat Kebajikan Daerah sedang mencari ahli keluarga dan waris empat anak yang diletakkan di bawah Perintah Jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) oleh Mahkamah Kanak-Kanak Ranau.
Pelindung di Pejabat Kebajikan Daerah Ranau, Halisah Baharudin berkata, tiga beradik dan seorang bayi berusia 11 bulan itu ditinggalkan ibu kandung mereka tanpa sebarang dokumen.
Bagi kes tiga beradik bernama Robert Mizan,10, Mary Mizan, 8 dan Ruben
Mizan, 5, mereka kini dijaga bapa saudara mereka sejak Januari 2022 di alamat Kampung Sagindai Baru, di sini.
“Bagaimanapun, penjaga tidak mem-
punyai hak penjagaan sah untuk menguruskan kebajikan dan persekolahan anak-anak. Kanak-kanak juga telah ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.
Dia berkata, bapa kandung kanak-kanak itu, Mizan Maikol meninggal dunia
dalam satu kemalangan motosikal pada 12 September 2018 di Jalan Tamparuli-Ranau, manakala ibu kandung bernama Lia Adrian dipercayai warga Filipina dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
“Ibu kandung telah melarikan diri dan
tidak pernah memberi nafkah atau
bertanya tentang anak-anak. Penjaga juga telah berusaha untuk mengesan ibu kandung tetapi tidak berjaya,” katanya.
Halisah berkata, tiga beradik itu telah diletakkan di bawah OYLS melalui perintah Mahkamah Kanak-Kanak Ranau pada 28 Mac 2023.
Sementara itu, bagi bayi berusia 11 bulan bernama Auxilio Pio, penjaga telah memaklumkan kepada Halisah mengenai hal dia mengambilnya dalam jagaannya sejak 2 April 2022.
“Berdasarkan keterangan penjaga, ibu
kandung itu bernama Rahimah, dari
Indonesia dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
“Ibu kandung itu dipercayai datang
dari Keningau. Dia telah menverahkan
kanak-kanak itu kepada penjaga kerana dia enggan menjaga bayi itu.
“Sejak itu, ibu kandung melarikan diri
dan tidak dapat dihubungi penjaga. Penjaga telah berusaha mencari ibu kandung dan waris tetapi usaha itu tidak berjaya,” katanya.
Tambah Halisah, kanak-kanak itu juga
diletakkan di bawah OYLS, beralamat di
Kg. Lohan 1, Ranau melalui perintah
Mahkamah Kanak-Kanak Ranau pada 28 Mac 2023.
“Oleh kerana penjaga tidak mempun-
yai hak penjagaan kanak-kanak, maka dia tidak dapat menguruskan hal-hal yang melibatkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak ini,” katanya.
Sehubungan itu Halisah berkata,
pihaknya meminta waris atau mana-mana individu yang mengenali waris semua kanak-kanak itu untuk menghubunginya di talian 088-870509 atau datang ke Pejabat Kebajikan Daerah Ranau.
“Ini bagi memberi maklumat yang boleh membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak itu, selain membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik untuk penempatan dan kebajikan kanak-kanak itu,” jelasnya.





























