Keadaan kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu. – Ihsan Bomba
KOTA KINABALU: Seorang wanita cedera dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenia Toyota Vios dan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux di sini tengah malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, TPgB I Ordine Gilu berkata, kejadian berlaku di Jalan Pantai, Gaya Street pada kira-kira jam 12.26 tengah malam.
Menurutnya, panggilan diterima menerusi talian MERS999 dan sepasukan 12 anggota diketuai oleh Komander Operasi, PBK II KUP Adzwan Mohamad Rajiun dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak empat kilometer dari BBP itu, didapati satu kemalangan melibatkan sebuah Toyota Vios dilanggar oleh Toyota Hilux.
“Terdapat seorang mangsa wanita terlibat. Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS.,” katanya.
Setelah memastikan tiada bahaya lain terlibat, operasi ditamatkan pada jam 12.56 tengah malam.





























