Bungsu (depan,tengah) membuat panggilan telefon untuk memaklumkan hasil cerapan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
KOTA KINABALU: Balai Cerap Al Biruni hari ini melakar sejarah apabila berjaya menyaksikan imej anak bulan Ramadan buat kali pertama.
Proses cerapan yang bermula jam 6.26 petang itu dilakukan oleh lapan ahli pencerap diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.
Sehingga jam 6.48 petang, imej anak bulan tersebut terlihat jelas menerusi teleskop khas, kelmarin.
Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya mewakili Ketua Menteri Sabah.
Turut hadir, Pembantu Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Ruslan Muharam.































