Keadaan Perodua Viva yang terlibat. – Ihsan Bomba
TUARAN: Sebuah kenderaan jenis Perodua Viva terbakar di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran PKPgB Mohd Abd Qawie bin Abdul Gapar berkata, kejadian itu berlaku dekat 99 Speedmart Gayang, di sini, pada kira-kira jam 10.50 pagi.
“Panggilan diterima menerusi talian balai pada jam 10.57 pagi dan sepasukan enam anggota diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Mahmud Jumah dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak 17 kilometer dari BBP itu, didapati satu kebakaran melibatkan sebuah sebuah kenderaan jenis Perodua Viva terbakar 30 peratus di bahagian enjin.
“Kebakaran telah dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan jentera.
“Pasukan bomba bertindak menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi keberbahayaan lain di lokasi. Operasi terkawal pada jam 11.35 pagi dan ditamatkan pada jam 11.42 pagi,” katanya.































